Menggoda Suami Dengan Ciuman – Teknik Buat Suami Cair

Nak belajar teknik menggoda suami dengan ciuman? Ciuman adalah salah satu nikmat berasmara. Sebagai seorang isteri yang ingin buat suami bertambah sayang, anda perlu belajar bagaimana nak goda suami sebaik yang mungkin.

Salah satu teknik terbaik untuk menggoda suami adalah dengan teknik ciuman. Jika anda tahu bagaimana untuk membuat suami cair dengan ciuman anda, lebih mudah untuk anda mengikat hati suami dan buat suami sentiasa intim dan mesra.

Kuasa ciuman sangat hebat, terutama buat isteri. Belajar teknik goda suami hanya dengan ciuman anda Click To Tweet

Menggoda Suami Dengan Ciuman

Walaupun ramai isteri yang tahu bercium, tak ramai yang tahu teknik sebenar bercium. Bercium bukan sekadar melayangkan bibir anda kepada tubuh suami, tetapi lebih dari itu.

Kebanyakan isteri menganggap ciuman tidak begitu penting ketika berasmara. Tanggapan ini amat salah dan boleh merosakkan keintiman hubungan suami isteri di ranjang.

Oleh itu, kali ini saya ingin beri teknik menggoda suami dengan ciuman yang sebenar – supaya anda dapat buat suami lemah dan terkulai layu dengan ciuman anda.

Berikut ialah sembilan teknik goda suami dengan ciuman, dijamin berkesan.

1. Sediakan diri untuk memberi ciuman

Sebelum anda mencium suami, anda perlu menyediakan diri anda untuk bercium. Jangan risau, cara menyediakan diri ini tak susah, semua isteri boleh buat.

Tip di sini ialah bagaimana untuk membuat diri anda, bibir anda kelihatan seksi dan menggoda supaya suami ghairah hanya dengan melihat bibir anda. Dengan ini lebih senang anda dapat menggoda suami dengan ciuman.

Cara paling mudah ialah dengan mengenakan lip balm. Lip balm bukan sahaja boleh buat bibir anda lebih lembut, tetapi boleh buat bibir anda kelihatan berseri-seri di mata suami. Nak gunakan lipstik pun boleh, tetapi anda pasti tahu lipstik akan meninggalkan bekas apabila bercium.

Jangan sampai jadi macam ni pulak!

Oleh itu tak salah jika anda mengenakan lip balm pada bibir sebelum bercium.

Jika anda tak sempat nak guna lip balm, saya beri satu tip mudah tapi berkesan. Caranya ialah basahkan bibir anda dengan lidah sebelum bercium. Jilat keseluruhan bibir, kemudian kepam bibir supaya darah mengalir ke bibir.

Ini akan buat bibir anda tampil seksi dan menggoda di mata suami!

2. Nyatakan keinginan anda pada suami

Anda boleh terus beritahu suami anda ingin bercium, atau terus memeluk dan mencium suami. Tetapi selalunya tak ramai isteri yang berani mencuba teknik ni. Dan, kadang-kadang cara bercium ni buat suami terkejut dan blur sekejap.

Jadi bagaimana nak nyatakan keinginan anda kepada suami?

Sangat mudah. Semasa anda berbual dengan suami, larikan mata anda ke bibir suami, kemudian teruskan berbual seperti biasa. Ulang teknik ni beberapa kali yang anda inginkan.

Pada mulanya suami tak akan perasan gerakan mata anda. Tetapi saya jamin selepas 2 atau 3 kali anda buat gerakan ni, beliau akan dapat menangkap keinginan anda.

Selepas itu rapatkan badan anda perlahan-lahan kepada suami. Teruskan berbual seperti biasa, tetapi perlahankan suara, dan tukar nada menggoda.

Jika suami anda sudah tahu keinginan anda, beliau juga akan ikut sama gerakan bahasa tubuh anda. Beliau akan menukar nada percakapan dan akan merapatkan tubuh beliau kepada tubuh anda.

Beliau juga akan turut sama menjeling kepada bibir anda tanpa beliau sedari.

Ini adalah tanda bahawa beliau tahu anda ingin bercium. Tahniah!

3. Mulakan dengan perlahan

Apabila suami mula merapatkan tubuh, dan anda juga bersedia – mulakan ciuman dengan perlahan. Jangan gelojoh.

Muncungkan sedikit bibir anda dan sentuh bibir suami dengan lembut. Urut bibir beliau dengan bibir anda. Mulakan dari bibir bawah suami dan teruskan kepada bibir atas.

Yang penting ialah anda lakukan dengan penuh lembut dan romantik.

4. Lajukan sedikit ciuman anda

Apabila anda rasa suami mula selesa dengan ciuman anda, anda boleh tingkatkan sedikit intensiti ciuman. Jadi sedikit agresif.

Jika sebelum ini anda mengurut bibir suami dengan lembut, sekarang picit bibir suami dengan bibir anda. Tapi jangan pula picit terlalu kuat, nanti sakit atau terkejut pula suami.

Buat sekadar memberi mesej supaya beliau tahu anda sedang ghairah dan inginkan lebih dari suami.

5. Gunakan gigi anda

Ramai isteri yang tak pernah menggunakan gigi mereka ketika bercium. Tak menghairankan kerana sifat wanita sendiri yang sukar untuk bertindak agresif, terutama dalam hubungan intim.

Tapi kali ini saya hendak anda ubah teknik ciuman anda. Belajar bagaimana menggunakan gigi anda sepenuhnya ketika bercium. Caranya sangat mudah – gigit bibir suami.

Tapi jangan pula gigit bibir suami sehingga beliau menjerit sakit. Gigit dengan lembut dan sopan. Anda boleh gigit bibir atas, atau bibir bawah suami. Lebih afdal jika anda menggigit kedua-duanya.

Anda juga boleh mencakar bibir suami dengan gigi anda. Ini adalah teknik bercium untuk menggoda suami dengan ciuman yang jarang diketahui umum!

6. Tukar posisi kepala

Tindakan semula jadi apabila bercium adalah dengan menyengetkan kepala ke sisi. Sudah pasti anda perlu menyengetkan atau memiringkan kepala ke sisi – sukar untuk bercium dengan ghairah secara berdepan.

Tetapi ramai tak tahu anda sebenarnya boleh menukar posisi kepala anda ketika bercium. Jika anda mula bercium dengan memiringkan kepada ke sisi kanan, tukar posisi kepala anda.

Tak salah anda menukar posisi ke sisi kiri pula semasa bercium. Ini boleh buat anda dapat melakukan eksplorasi ke seluruh wajah suami, dengan ciuman anda.

Ini adalah salah satu teknik berkesan untuk menggoda suami dengan ciuman.

7. Jangan syok sendiri

Menjadi kebiasaan setiap isteri apabila baru mendalami ilmu ciuman(terutama setelah membaca panduan E-Buku Seni Ciuman) – mereka akan merasakan mereka perlu mengawal keadaan ketika bercium, dan menganggap suami tidak tahu apa-apa tentang ciuman.

Ini adalah antara kesalahan bercium yang boleh merosakkan suasana.

Beri peluang yang sama rata kepada suami untuk menunjukkan skill ciuman beliau. Tetapi jika anda memang jenis dominan(mengawal keadaan) ketika berasmara – tak salah untuk mengawal arah tuju ciuman anda berdua.

8. Jangan hadkan hanya bibir

Wanita bukan makhluk multitasking. Oleh itu kadang-kadang apabila bercium mereka hanya menumpukan kepada bibir. Ramai wanita yang tergolong di dalam kategori ini.

Jika anda juga melakukan perkara yang sama, anda rugi kerana anda tidak dapat merangsang titik ghairah yang lain pada tubuh suami.

Suami juga seperti anda. Beliau mempunyai banyak titik ghairah atau lebih dikenali sebagai zon erotik pada tubuh beliau.

Anda mulakan dengan bibir, tapi jangan lupa pipi, dahi, hidung, cuping telinga, leher, bahu dan titik-titik ghairah pada tubuh suami.

Anda boleh belajar di mana titik-titik ghairah tersembunyi suami melalui panduan E-Buku Seni Ciuman.

9. Latih teknik bercium anda

Tip ni tak ramai yang buat – sangat rugi. Terdapat banyak teknik bercium yang boleh anda pelajari. Tetapi untuk menyempurnakan teknik-teknik tersebut memerlukan latihan. Anda perlu berlatih bagaimana untuk melakukan teknik ciuman untuk menggoda suami sehingga sempurna.

Luangkan sedikit masa anda untuk berlatih teknik-teknik ciuman ini. Paling mudah anda boleh berlatih di hadapan cermin, atau menggunakan tangan anda. Lakukan seperti anda sedang mencium suami.

Cara untuk melatih teknik ciuman dengan betul terdapat di dalam E-Buku panduan Seni Ciuman.

Anda boleh membaca lebih lanjut dan mendapatkan Panduan E-Buku Seni Ciuman melalui link di bawah:

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut bagaimana Panduan Seni Ciuman boleh membantu anda buat suami cair hanya dengan ciuman anda.

P/S: E-Buku Panduan Seni Ciuman adalah manual lengkap tentang teknik dan tip bercium yang anda takkan dapat dari sekadar membaca di laman web.

P/P/S: Pendek kata anda hanya perlukan panduan ini menjadi seorang isteri yang boleh menggoda dan buat suami benar-benar puas hati dengan layanan anda ketika berasmara.

P/P/S: Jangan tunggu lagi, klik link di atas untuk mendapatkan Panduan Seni Ciuman.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on print

Admin Seni Ciuman

Admin Seni Ciuman(Info Seks Melayu) adalah penerbit dan penulis Ebuku Seni Ciuman, iaitu panduan Ebuku teknik dan tips ciuman sebenar untuk menukar diri anda daripada seorang yang handal bercium kepada Pakar Ciuman

Wajib Baca

Tinggalkan komen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Tewaskan Pasangan Dengan Ciuman?

Belajar teknik ciuman sebenar yang dijamin akan buat si dia terkulai layu, hanya dengan ciuman anda