Kelebihan Seks Pantas – Ramai Pasangan Tak Pernah Ambil Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Pada masa sekarang yang sibuk ini, ramai pasangan yang tidak ada masa untuk hubungan seks. Maklumlah ramai yang menganggap hubungan seks perlukan masa yang panjang – baru benar-benar puas.

Ramai juga menjadikan kesibukan ini sebagai alasan untuk tidak menjalani hubungan seks, padahal mereka memang tak mahu bersetubuh atau kurang bernafsu untuk seks

Benar, ada situasi di mana aktiviti seks lebih nikmat jika dilakukan dengan perancangan yang teliti, tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh memasukkan “element of surprise” dalam aktiviti seks.

Kelebihan seks pantas

Seks Pantas Sebagai Penyelamat

Pernah dengar seks pantas? Bagi masyarakat barat, seks pantas atau “quickie” bukanlah perkara baru. Mereka telah lama mengamalkan aktiviti seks pantas dalam kehidupan mereka.

Tetapi, bagi masyarakat kita mungkin istilah seks pantas atau quickie adalah istilah yang asing. Maklumlah, masyarakat Asia ni penuh dengan sopan santun dan tatasusila. Sikap ini juga sering digunakan dalam hubungan suami isteri.

Kebanyakkan pasangan suami isteri di Malaysia tak tahu apa itu Quickie atau tak pernah dengar istilah Seks Pantas Click To Tweet

Jadi tidak menghairankan jika masih ramai pasangan suami isteri yang tidak pernah mengamalkan teknik seks pantas sebagai salah satu aktiviti hubungan kelamin suami isteri.

Seks pantas, seperti namanya adalah hubungan seks yang dilakukan dengan segera, cepat atau pantas. Teknik seks pantas tidak memerlukan pemanasan, atau foreplay yang panjang.

Boleh dikatakan seks pantas adalah hubungan seks yang dilakukan dengan tergesa-gesa.

Kelebihan Seks Pantas Berbanding Hubungan Seks Biasa

Terdapat banyak kelebihan seks pantas yang ramai pasangan tak tahu. Terdapat pasangan yang teragak-agak untuk memasukkan aktiviti seks pantas dalam aktiviti seks mereka. Takut pasangan terkejut, atau takut tak dapat puaskan pasangan.

Tetapi, jika belum cuba langsung bagaimana anda nak tahu berkesan atau tidak teknik seks pantas ni.

Ada juga pasangan yang dah cuba, tapi kecewa kerana tak dapat capai kepuasan seperti yang diharapkan. Ini bukan salah seks pantas, tetapi salah teknik.

Saya dah tulis dengan lengkap bagaimana nak lakukan seks pantas dengan betul di panduan teknik seks pantas. Baca kalau nak tahu teknik yang betul.

Jom kita lihat apakah kelebihan seks pantas yang perlu anda tahu.

Seks Pantas Menjimatkan Masa

Kelebihan seks pantas yang paling utama sudah tentu aktiviti ini menjimatkan masa. Tahu tak seks pantas jika dilakukan dengna teknik yang betul cuma akan mengambil masa 15 minit sahaja.

Hanya 15 minit anda dah boleh puas dalam seks!

Berbeza dengan aktiviti seks biasa yang boleh menjangkau sehingga 1 jam jika merangkumi foreplay, seks oral, dan sebagainya – dengan seks pantas anda cuma perlu 5 hingga 15 minit.

Jadi tiada lagi alasan tiada masa untuk seks dengan seks pantas.

Beri Pembaharuan Dalam Hubungan Kelamin Suami Isteri

Jika sebelum ini rutin seks anda hampir sama, seks pantas akan beri pembaharuan dan kelainan dalam aktiviti bersetubuh anda berdua.

Hubungan seks jika dilakukan dengan rutin yang sama pasti akan membosankan. Mereka yang telah lama mendirikan rumahtangga pasti setuju dengan fakta ni.

Bagi yang baru berkahwin, anda perlu terima fakta ini. Anda mungkin berkata takkanlah seks pun akan bosan. Tetapi ini adalah hakikat sebenar.

Semua perkara jika dilakukan berulang kali tanpa sebarang perubahan akan membawa kepada jemu – termasuk hubungan seks.

Di sinilah seks pantas memainkan peranan untuk menyemarakkan semula aktiviti seks anda berdua.

Seks pantas akan beri pembaharuan dan pengalaman baru kepada anda berdua.

Hilangkan Stress

Semua orang mengalami tekanan atau stress. Sekarang anda boleh kurangkan stress hanya dengan aktiviti seks pantas.

Aktiviti seks yang kerap telah dibuktikan dapat buat kita rasa puas dan gembira. Ini telah dibuktikan oleh kajian sains. Seks menyebabkan tubuh kita merembeskan hormon yang dinamakan hormon oxytocin. Inilah hormon yang bertanggungjawab untuk beri rasa puas, gembira seterusnya menghilangkan tekanan atau stress.

Jadi, hubungan seks yang kerap dengan teknik seks pantas akan buat anda hidup tanpa tekanan.

Tingkatkan Keintiman Hubungan Suami Isteri

Kerja, anak dan pelbagai lagi perkara yang harus anda uruskan setelah berumah tangga. Kesuntukan masa ini buat kita sukar untuk meluangkan masa dengan pasangan – apatah lagi masa-masa intim untuk hubungan kelamin.

Perkara ini lambat-laun pasti akan buat hubungan suami isteri menjadi semakin suram.

Seks pantas boleh menyelesaikan masalah ini. Jika anda berdua kerap melakukan aktiviti seks pantas, sudah pasti keintiman hubungan suami isteri kembali erat. Aktiviti seks itu sendiri adalah aktiviti yang penuh intim dan mesra. Apatah lagi jika dilakukan setiap hari.

Banyak Lagi Kelebihan Seks Pantas

Sebenarnya banyak lagi kelebihan seks pantas yang boleh saya senaraikan. Tetapi tak perlu kerana saya pasti anda sendiri tahu seks pantas ini adalah salah satu teknik seks yang sangat berguna.

Tetapi harus saya ingatkan di sini, seks pantas ini haruslah dilakukan dengan teknik yang betul, bukan pakai masuk sahaja.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang seks pantas, atau nak belajar teknik yang betul – anda boleh dapatkan E-Buku Panduan Seni Seks Pantas. Panduan ini saya beri percuma dalam koleksi Panduan Pakej Ciuman Mutlak.

share-nodes
Kongsi: