Ciuman di Dahi – 5 Sebab Kenapa Suami Suka Cium Dahi Anda

Ciuman di dahi ni selalunya dilayangkan oleh pasangan yang romantik – betul ke? Jika pasangan anda seorang yang romantik, sudah pasti si dia selalu mencium anda. Dari ciuman lembut di pipi sehinggalah kepada ciuman romantik di atas katil.

Tetapi ciuman di dahi daripada suami selalunya akan buat isteri cair.

Kenapa Ciuman di Dahi Begitu Bermakna?

Menurut pakar terapi dan seksologi, ciuman pada dahi menunjukkan rangsangan emosi yang sangat kuat. Ciuman ini memberikan lebih rangsangan kepada emosi daripada ciuman erotik mahupun ciuman ghairah.

Dalam erti kata lain, ciuman di dahi pasangan adalah ciuman yang tidak berunsur seks, tetapi ciuman yang lebih mendalam dan mempunyai maksud tersembunyi.

Ciuman di dahi adalah antara ciuman paling romantik yang suami boleh layangkan pada isteri Click To Tweet

Di sini saya beri 5 sebab utama kenapa pasangan anda suka cium dahi anda.

1. Hubungan Anda Berdua Sangat Rapat

Ciuman di dahi tak sama dengan ciuman perancis yang ghairah atau sensual. Ciuman pada dahi pasangan menunjukkan anda berdua berkongsi emosi yang sangat rapat dalam hubungan suami isteri.

2. Bukan Hanya Tarikan Seksual

Pasangan lebih suka mencium anda di dahi daripada bahagian-bahagian lain? Tahniah – ini menunjukkan si dia menyayangi anda bukan hanya kerana tubuh anda yang hot dan seksi.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ciuman di dahi ada ciuman yang penuh emosi – berbanding tarikan fizikal atau seksual. Jadi, jika suami lebih berminat untuk mencium anda di dahi, si dia menghargai anda seadanya – bukan sekadar sebagai objek seks.

3. Rasa Hormat Yang Tinggi

Kawasan dahi adalah kawasan yang paling tinggi pada tubuh yang boleh dicium. Oleh itu dari segi psikologi ciuman di dahi adalah ciuman yang menunjukkan si dia menghormati anda sepenuhnya.

Pakar psikologi juga bersetuju ciuman di dahi yang dilayangkan oleh lelaki kepada wanita menunjukkan lelaki tersebut melihat diri beliau sebagai pelindung kepada pasangan beliau.

Dan, beliau tidak akan membenarkan sebarang perkara yang buruk terjadi kepada wanita tersebut.

4. Suami Sangat Menghargai Anda

Ciuman di dahi juga boleh menunjukkan suami menghargai anda. Si dia menghargai anda kerana mencintai beliau, kerana sudi menjadi pasangan hidup beliau, kerana sudi melalui susah dan senang bersama.

Selalu tak suami mencium dahi anda selepas bersama di ranjang? Jika selalu, itu tandanya suami anda sangat-sangat menghargai anda.

Ramai isteri ingat sekiranya suami mencium mereka di dahi selepas bersetubuh adalah tanda suami berterima kasih kepada mereka atas seks yang hebat. Tetapi, sebenarnya ciuman di dahi selepas hubungan seks adalah lebih daripada itu

5. Tidak Semuanya Indah

Tak semua ciuman di dahi itu memberi makna yang indah. Kadang-kala apabila suami tiba-tiba hanya suka mencium anda di dahi sedangkan sebelum itu seluruh tubuh anda beliau cium – itu tandanya si dia semakin kurang tertarik dengan tubuh anda.

Jangan risau kerana perkara ini jarang sekali berlaku. Anda boleh lakukan sedikit eksperimen untuk mengetahui benar atau tidak si dia suka mencium dahi anda kerana sudah jemu dengan tubuh anda.

Selepas ini apabila suami selesai cium dahi anda, cuba umpan beliau untuk ciuman di bibir. Lihat sama anda beliau teruskan atau tidak.

Jika suami ragu-ragu dan menarik bibir jauh dari bibir anda – anda perlu risau.

Jika tidak, tahniah kerana anda berdua mempunyai hubungan rumahtangga yang bahagia!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on print

Admin Seni Ciuman

Admin Seni Ciuman(Info Seks Melayu) adalah penerbit dan penulis Ebuku Seni Ciuman, iaitu panduan Ebuku teknik dan tips ciuman sebenar untuk menukar diri anda daripada seorang yang handal bercium kepada Pakar Ciuman

Wajib Baca

Tinggalkan komen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Tewaskan Pasangan Dengan Ciuman?

Belajar teknik ciuman sebenar yang dijamin akan buat si dia terkulai layu, hanya dengan ciuman anda