Bahasa Tubuh Ciuman Pertama – Ini Tanda Utama Si Dia Mahu Mencium Anda

Bagaimana nak tahu jika si dia ingin mencium anda? Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan membaca bahasa tubuh beliau.

Jika pasangan anda ingin mencium anda, beliau akan melakukan beberapa gerakan tanpa beliau sedari. Gerakan-gerakan ini berlaku di luar kawalan beliau.

Jadi, jika anda dapat membaca isyarat-isyarat ini, atau bahasa tubuh beliau – anda akan tahu sama ada beliau benar-benar ingin mencium anda atau tidak.

Ramai yang tak sedar mereka melakukan gerakan-gerakan ini apabila mahu bercium Click To Tweet

Membaca bahasa tubuh ciuman pertama

Apakah gerakan atau isyarat yang dilakukan pasangan ketika ingin bercium? Terdapat beberapa isyarat bercium yang akan si dia lakukan.

Lirikan mata

Mata takkan menipu. Perhatikan mata si dia. Jika matanya asyik melirik dan melihat bibir anda – ini adalah bahasa tubuh ciuman pertama. Mereka sedang memikirkan bagaimana rasanya jika mereka mencium anda.

Mata semakin kuyu

Mata yang kuyu adalah tanda seseorang individu sedang berangan – angan-angan yang indah. Jadi jika mata si dia asyik melirik ke bibir anda, dan semakin lama semakin kuyu – ini adalah antara isyarat bahasa tubuh beliau ingin bercium.

Merapatkan diri

Tanpa disedari, beliau semakin merapatkan diri kepada tubuh anda. Terutama pada wajah. Ini adalah tindakan luar kawalan yang dikawal oleh minda separa sedar. Si dia merapatkan tubuh dan kepala.

Sentuhan pada wajah

Sentuhan adalah isyarat yang intim. Jika si dia mula menyentuh wajah anda dengan gerakan lembut, ini adalah isyarat bahasa tubuh ciuman pertama yang ketara. Apatah lagi jika beliau sentuh kawasan berdekatan bibir, seperti pipi, hidung atau dagu.

Memiringkan kepala

Tanpa si dia sedari, si dia miringkan sedikit kepala beliau – seperti gerakan yang dilakukan sebelum bercium. Ini adalah lampu hijau yang menandakan si dia sudah bersedia untuk dicium oleh pasangannya.

Menjarakkan bibir

Ini adalah isyarat bahasa tubuh ciuman pertama yang jarang diberi perhatian. Sedangkan ini adalah isyarat yang paling utama jika si dia ingin bercium. Keinginan seksual boleh buat otak keliru. Apabila seseorang individu ingin bercium, bahagian otak yang mengawal rahang bawah mulut akan disekat, sekali gus buat rahang bawah jatuh ke bawah dan mulut terbuka.

Menyentuh, menjilat atau menggigit bibir

Apabila timbul keinginan bercium, bibir akan terangsang tanpa sedar. Rangsangan ini buat darah mengalir lebih laju ke bahagian bibir. Ini akan buat bibir menjadi lebih sensitif pada sentuhan. Jadi, tidak menghairankan jika si dia akan menyentuh, menjilat atau menggigit bibir beliau tanpa beliau sedar.

Kerdipan mata

Rangsangan seksual juga akan buat mata berkedip dengan lebih kerap. Ini disebabkan oleh dopamin yang dirembeskan oleh otak. Situasi ini buat mata berkedip lebih kerap dan pantas – sehingga tujuh kali ganda dari  biasa. Perhatikan mata beliau. Jika tiba-tiba mata beliau berkedip lebih pantas dari biasa apabila anda mendekatkan wajah anda, itu adalah salah satu tanda bahasa tubuh ciuman pertama.

Cara Melakukan Ciuman Pertama Dengan Sempurna

Sekarang anda dah tahu apa tanda-tanda yang si dia ingin mencium anda. Bagaimana pula nak pastikan pengalaman ciuman pertama anda adalah pengalaman yang sempurna.

Saya telah menulis cara terbaik melakukan ciuman pertama pada tip teknik ciuman pertama sebelum ini.

Baca juga tip ciuman pertama untuk tahu apa yang perlu anda buat untuk memastikan pengalaman ciuman pertama anda adalah pengalaman terindah.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on print

Admin Seni Ciuman

Admin Seni Ciuman(Info Seks Melayu) adalah penerbit dan penulis Ebuku Seni Ciuman, iaitu panduan Ebuku teknik dan tips ciuman sebenar untuk menukar diri anda daripada seorang yang handal bercium kepada Pakar Ciuman

Wajib Baca

Tinggalkan komen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Tewaskan Pasangan Dengan Ciuman?

Belajar teknik ciuman sebenar yang dijamin akan buat si dia terkulai layu, hanya dengan ciuman anda